OratisRx ialah syarikat yang menawarkan perkhidmatan Pengurusan Manfaat Farmasi atau dikenali sebagai Pharmacy Benefits Management (PBM) company yang komited dalam menawarkan lebih penjimatan kos preskripsi, menambah baik mutu kesihatan pesakit dan memberikan perkhidmatan pelanggan yang disegani bagi mengekalkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan.
Matlamat Kami
Usaha & Inovasi Berterusan
Sebagai pelopor terawal industri ini, kami mengadaptasikan pendekatan berinovatif dan berintegrasi dalam membekalkan preskripsi kepada pesakit dengan cara yang paling mudah dan menjimatkan. Kami menghubungkan Ahli Farmasi, Doktor-Doktor, pekerja dan pengurus manfaat mereka menggunakan teknologi terkini yang akhirnya dapat membantu memperbaiki mutu penjagaan kesihatan mereka.
Kami memainkan peranan sebagai perantara terhadapan di dalam industi ini dengan menghubungan jaringan pembekalan supaya preskripsi dapat dibekalkan dengan mudah, tepat, dan efisyen. kami tidak akan berhenti memperbaiki dan mempertingkat usaha kami untuk masa depan penjagaan kesihatan yang lebih cemerlang.
Sebagai sebahagian dari Kumpulan Syarikat Oratis yang mempunyai kepakaran bidang Farmaseutikal dan Teknologi Maklumat (ICT), kami berkembang dengan menawarkan pelbagai solusi berteknologi selain menawarkan perkhidmatan perundingan kesihatan dan pengurusan teknologi maklumat kepada pelbagai pelanggan Korporat dan Hospital-Hospital di Malaysia.
Syarikat kami turut mereka, membangun dan menguruskan Portal e-MASS (Electronic Medical Automation Supply System) sebagai satu-satunya sistem pengurusan manfaat kesihatan pertama di Malaysia. Sistem ini membenarkan pesara kerajaan mendapatkan pembekalan ubatan dan alatan perubatan dengan mudah menerusi jaringan pembekal seluruh negara.